CONTOH GPS BERWAYAR |
- Anda perlu memasang alat ini di dalam kenderaan terlebih dahulu sebelum mengaktifkan alat tersebut melalui telefon bimbit anda.
2. ADAKAH PEMASANGAN ALAT INI BOLEH DILAKUKAN SENDIRI
- YA! Alat ini disertakan dengan manual diagram serta aturcara yang lain. Seandainya anda sukar untuk membuat pemasangan sendiri, kami sarankan anda pergi ke kedai Akseksori kenderaan atau bengkel kenderaan untuk pemasangan.
( nota: kami tidak membuat permasangan )
3. BERAPAKAH KADAR BAYARAN YANG DIKENAKAN JIKA BUAT PERMASANGAN DI KEDAI AKSESORI ATAU BENGKEL?
- Kebiasaan bayaran dikenakan atas jenis pengaturan alat tersebut dan juga atas tariff sesebuah kedai atau bengkel mengikut sesebuah tempat;
i. TARIF PEMASANGAN CUT OFF RM50 KE RM100
ii. TARIF PEMASANGAN TANPA CUT OFF RM35 KE RM50
nota; Kebiasaan tariff pemasangan berbeza mengikut sesebuah tempat
4. BAGAIMAMA PENGATURAN PERMANTAUAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT
Anda boleh mengikut arahan dari panduan yang diberi melalui manual yang ada atau anda boleh membuat rujukan kepada kami untuk bantuan pendaftaran id / kata laluan dan sebagainya.
SALAH SATU CONTOH ALAT TANPA WAYAR |
5. BAGAIMANA ALAT INI BERFUNGSI UNTUK MELIHAT LOKASI KENDERAAN KITA?
Sesetengah alat gps mempunyai cara cara permantauan yang berbeza. Ada diantara alat gps ini mempunyai cara permatantauan secara live, iaitu menggunakan Applikasi yang kita boleh muat turun melalui scan Bar code, melalui link URL atau melalui PLAYSTORE atau IOS. Namun cara permantauan secara live ini memerlukan data internet pada sim yang terdapat dalam alat tersebut. Jika tidak kita tidak dapat untuk melihat secara langsung.
Walau bagaimana pun, seandainya alat gps anda mempunyai 2 atau 3 fungsi cara permantau anda tidak perlu risau mengenai DATA INTERNET pada sim yang ada dalam alat tersebut. Anda hanya perlu menghantar kod arahan melalui sms atau hanya perlu membuat panggilan ke number sim yang ada dalam alat tersebut untuk ia bertindak balas menghantar KOORDINAT LOKASI secara sms.
Contoh Permantauan melalui arahan kod SMS atau pun Panggilan |
Contoh Permantauan menggunakan Applikasi |
6. ADAKAH ALAT INI MEMERLUKAN SIM KAD
- YA! Anda boleh mengunakan apa jua sim kad phone yang ada dipasaran mengikut apa yang sesuai bagi anda atau mengikut liputan yang terbaik dan juga termurah apabila anda melanggan data serta jangka tempoh aktif sim yang panjang. Anda boleh menggunakam sim kad prepaid atau postpaid.
7. ADAKAH ALAT YANG KAMI BELI INI MEMPUNYAI JAMINAN?
- YA! Kami memberi jaminan 1 Tahun. Jika berlaku kerosakan sebelum tempoh satu tahun kami akan mengantikan dengan alat yang baru.
8. ADAKAH ALAT INI AKAN MENGANGGU SISTEM DALAM KENDERAAN ANDA?
- TIDAK SAMA SEKALI! Sekiranya anda mempunyai tanggapan tersendiri, ianya terserah kepada diri anda sendiri untuk menilai atau ingin memasang alat ini atau pun tidak. Jika Anda ingin kenderaan anda dapat dikesan atau tidak semua terserah ditangan anda juga.
No comments:
Post a Comment