Tuesday, 28 August 2018

PROMOSI TAMAT




SEMUA PAKEJ PROMOSI DISINI AKAN TAMAT 01.10.2018. SILA HUBUNGI KAMI SECARA WHATSAAP UNTUK MENGETAHUI HARGA NORMAL GPS YANG ADA



CODE 098


Real Time Tracking 
◆ User define Geo-fence     
◆ Trace Playback  
◆ Remotely Voice Monitoring
◆ SOS Button  
◆ Cut wire Alarm
◆ Remotely Cutoff Petrol/ Electricity
◆ Vibration Alarm
Real-time Tracking   

◇ Back-up Battery  
◇ Voice Monitoring via Micro-phone  
◇ Built-in Acceleration Sensor
◇ Cut-off Petrol/Electricity via Relay
◇ ACC Detection    
◇SOS Button       
◇ Real-time Tracking Remotely Control 
◇ Web and APP Tracking Platform


HARGA PROMOSI TERHAD DAN AKAN TAMAT BILA BILA MASA
HARGA TIDAK TERMASUK BAYARAN POS
SEMENANJUNG RM10 / SABAH SARAWAK RM15
STANDARD PENGHANTARAN 7 KE 14 HARI WAKTU BEKERJA ATAU LEBIH AWAL DARI ITU

CODE 097




01



02



05


06


07


08


07



06



05




HARGA PROMOSI TERHAD DAN AKAN TAMAT BILA BILA MASA
HARGA TIDAK TERMASUK BAYARAN POS
SEMENANJUNG RM10 / SABAH SARAWAK RM15
STANDARD PENGHANTARAN 7 KE 14 HARI WAKTU BEKERJA ATAU LEBIH AWAL DARI 






 PEMBELIAN ATAU MAKLUMAT PRODUK ANDA BOLEH MENGHUBUNGI NO WHATSAPP HOTLINE KAMI, SILA KLICK DI;





GPS RADAR SETELLITE Southeast Asia

     


Payment Methods






Saturday, 25 August 2018

APAKAH ITU GPS TRACKER








Tentang GPS Tracker

Dengan banyaknya jenis dan model serta vendor yang menawarkan gps tracking hari ini hal yang mesti diperhatikan adalah keperluan yang diperlukan oleh anda , boleh jadi harganya memang mahal karena fungsi gps trackingnya banyak juga yang menarik mengikut harga, ada yang harganya sangat murah namun fungsinya banyak yang tidak ada sehingga keperluan ada sebagai pemilik kenderaan menjadi sangat terbatas jadi perhatikan fungsi disebalik alat tersebut. Memang fitrah mahal maka lebih lagi fungsi dan ketahananya, murah maka kuranglah kualiti dan fungsinya. Namun begitu tidak semestinya murah itu tidak elok ada kelebihan masing masing, yang penting sekali adalah anda dapat mengesan lokasi kenderaan anda dimana jua berada.  Semasa membeli anda harus pastikan supplier gps tracker tersebut mempunyai pengalaman bukan sekadar menjual sahaja. Pastikan yang boleh di hubungi karena membeli gps tracking bukan sekedar beli putus saja. Karena sseringkali pada saat kita memerlukan rujukan sekiranya ada permasalahan yang tidak kita fahami.
Beberapa gps tracking yang ada dipasaran memang sangat mahal atau sangat murah , kenali fungsi dan jaminannya, ramai yang ingin membeli jenis murah tapi ternyata fungsi yang ada terlalu sedikit, ada yang canggih dan mahal namun sayangnya banyak fungsi yang sebenarnya tidak mereka guna hal ini yang kemudian menjadi pemborosan. Maklumat tentang gps tracker anda boleh bertanya langsung dengan penjuala alat tersebut, tidak perlu saya huraikan terlalu panjang disini

Sistem GPS Tracking: Mengapa perlu?

Sistem GPS Tracking telah memperolehi penerimaan yang luas dari orang di seluruh dunia karena banyak manafaat yang ditawarkan oleh alat tersebut secara tidak langsung atau secara langsung. GPS menunjukkan Global Positioning System dan digunakan melalui peringkat yang disebut PENGESAN GPS. Anda dapat menentukan posisi sebuah kenderaan atau individu tertentu atau aset nyata dengan bantuan sistem pengesan GPS.

GPS Tracking Devices datang dalam berbagai bentuk dan dimensi. Umumnya mereka sangat kecil dan dapat dengan mudah tersembunyi  mengikut kreativiti sesorang dalam menyembunyikannya . Anda dapat menyimpan Data diperoleh melalui sistem pengesan GPS dengan cara yang berbeza. Data pengesanan dapat ditransmisikan ke port yang berbeza. Sebagai contoh, data dapat ditransfer ke ponsel melalui opsi GPRS. Anda juga dapat mengirimkan data ke komputer atau PDA.
Hal ini diperlukan untuk menginstall sistem pengesana GPS di setiap kenderaan. Berbagai industri boleh mendapatkan keuntungan dengan menggunakan sistem ini. Perusahaan pemilik bus, lori, kereta sewa danpemilik individu secara luas menggunakannya dalam kenderaan mereka. Namun kebanyakan kenderaan individu kurang menggunakan alat ini, seba dan alasan amat sukar dirungkai. Bagi yang peka mereka berusaha untuk memasang alat ini demi untuk keselamatan kenderaan mereka.
Bagi mereka telah  memasanga alat tersebut mereka lebih selesa dan rasa lebih selamat disebabkan alat ini memudahkankan mereka mengesan kenderaan mereka pada bila bila masa sahaja. Sistem ini juga digunakan baik untuk tujuan sebagai bahan bukti seperti mendapatkan lokasi yang tepat dari penjahat, kenderaan dicuri, melihat status sejarah perjalanan. Anda juga dapat menggunakannya untuk mengesan perjalanan pribadi anda atau sesiapa sahaja jika terdapat ini
                                             
Apa Itu GPS Tracking?

Gps tracker atau gps tracking adalah sebuah alat yang fungsi utamanya adalah memberikan informasi posisi kenderaan atau benda yang akan dikesan dengan memanfaatkan satelit GPS (Global Positioning System) dan GSM sehingga data koordinat posisi alat gps tracker boleh dihantar melalui jaringan GSM atau GPRS kepada pemilik.
Data yang diperolehi oleh unit disimpan di internal memori atau di server tempat unit penghantaran data sehingga dapat dilihat oleh user menggunakan signal GPRS, SMS, radio atau satelit menggunakan inbuilt modem yang terdapat pada gps tracker , hal inilah yang memungkinkan user dapat melihat secara realtime posisi aset yang dipasang gps tracker menggunakan Gps webtracking platform atau softwarenya
Gps Tracker dan Cara kerja
Secara Umum dan simple alat gps tracker yang dipasang di kenderaan anda akan mencari posisi dia dengan mencari signal gps dari satelit gps setelah dia mendapat posisi yang tepat maka dia akan memberikan atau mengirimkan informasi data yang ia perolehi melalui signal GPRS ke server yang telah ditunjuk sehingga software dapat menterjemahkan data dari alat menjadi bahasa yang mudah difahami oleh user


Beberapa fungsi umum Gps Tracker
Memantau posisi secara realtime
dengan menggunakan signal dari satelit GPS maka gps tracker dapat mengetahui koordinat dari kenderaan yang telah kita pasangi GPS Tracker, hal ini boleh dipantau melalui webtracking platform atau menggunakan sms , dengan kod tertentu kita boleh menghantar kod arahan kepada no sim card yang telah di masukkan ke dalam gps tracker sehingga alat akan membalas sms anda dengan posisi kenderaan anda berbentuk koordinat atau link google maps yang anda boleh klik sehingga akan membuka google maps di HP anda
                                               
Mematikan enjin melalui sms atau web
salah satu fungsi penting untuk keselamatan adalah dengan gps tracker anda boleh mematikan enjin kenderaan anda melalui sms atau webtracking platform , dengan menggunakan kod tertentu sehingga bila terjadi sesuatu yang tidak diinginkan ketika kenderaan anda di curi anda boleh mematikan enjin dengan serta merta dalam jangka beberapa saat. Namun begitu kami nasihatkan jangan lakukan perkara tersebut sekiranya kenderaan anda berapa terlalu jauh dari anda kerena ini akan mendatangkan kesan yang buruk.







Tuesday, 21 August 2018

PERSOALAN YANG SERING DITANYA



                                                                               
                   


1. BAGAIMANA  CARA UNTUK PERMASANGAN ALAT INI?
CONTOH GPS BERWAYAR


- Anda perlu memasang alat ini di dalam kenderaan terlebih dahulu sebelum mengaktifkan alat tersebut melalui telefon bimbit anda.
                                       
2. ADAKAH PEMASANGAN ALAT INI BOLEH DILAKUKAN SENDIRI

- YA! Alat ini disertakan dengan manual diagram serta aturcara yang lain. Seandainya anda sukar untuk membuat pemasangan sendiri, kami sarankan anda pergi ke kedai Akseksori kenderaan atau bengkel kenderaan untuk pemasangan.

( nota: kami tidak membuat permasangan )

3. BERAPAKAH KADAR BAYARAN YANG DIKENAKAN JIKA BUAT PERMASANGAN DI KEDAI AKSESORI ATAU BENGKEL?

- Kebiasaan bayaran dikenakan atas jenis pengaturan alat tersebut dan juga atas tariff sesebuah kedai atau bengkel mengikut sesebuah tempat;

i. TARIF PEMASANGAN CUT OFF RM50 KE RM100
ii. TARIF PEMASANGAN TANPA CUT OFF RM35 KE RM50
nota; Kebiasaan tariff pemasangan berbeza mengikut sesebuah tempat

4. BAGAIMAMA PENGATURAN PERMANTAUAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT

Anda boleh mengikut arahan dari panduan yang diberi melalui manual yang ada atau anda boleh membuat rujukan kepada kami untuk bantuan pendaftaran id / kata laluan dan sebagainya.
SALAH SATU CONTOH ALAT TANPA WAYAR 
BAGI ALAT TANPA WAYAR ANDA TIDAK PERLU UNTUK PERGI KE KEDAI AKSESORI ATAU BENGKEL. ANDA HANYA PERLU MASUKAN SIM, DOWNLOAD APP, MASUK ID DAN PASWORD YANG TELAH DISEDIAKAN DAN TERUS AKTIF.

5. BAGAIMANA ALAT INI BERFUNGSI UNTUK MELIHAT LOKASI KENDERAAN KITA?

   Sesetengah alat gps mempunyai cara cara permantauan yang berbeza. Ada diantara alat gps ini mempunyai cara permatantauan secara live, iaitu menggunakan Applikasi yang kita boleh muat turun melalui scan Bar code, melalui link URL atau melalui PLAYSTORE atau IOS. Namun cara permantauan secara live ini memerlukan data internet pada sim yang terdapat dalam alat tersebut. Jika tidak kita tidak dapat untuk melihat secara langsung.
   Walau bagaimana pun, seandainya alat gps anda mempunyai 2 atau 3 fungsi cara permantau anda tidak perlu risau mengenai DATA INTERNET pada sim yang ada dalam alat tersebut. Anda hanya perlu menghantar kod arahan melalui sms atau hanya perlu membuat panggilan ke number sim yang ada dalam alat tersebut untuk ia bertindak balas menghantar KOORDINAT LOKASI secara sms.
Contoh Permantauan melalui arahan  kod SMS atau pun Panggilan
Dengan cara ini pastikan  sim yang ada pada alat tersebut mempunyai kredit dan masih mempunyai tempoh aktif. Seandainya sim yang terdapat didalam alat gps itu mempunyai kredit tapi tidak mempunyai data anda masih boleh mengetahui lokasi kenderaan anda secara sms selagi sim kad tersebut masih dalam keadaan tempoh aktif. Jika tempuh aktif tamat sedangkan sim tersebut masih mempunyai baki kredit, anda tidak dapat memantau lokasi kenderaan anda secara sms mahupun secara langsung menggunakan App. begitu juga sebaliknya, jika data ada dalam sim tersebut tetapi baki kredit anda kosong anda hanya boleh memantau lokasi secara langsung menggunakan App dengan syarat sim tersebut masih dalam tempoh aktif.
                                                                                   
Contoh Permantauan menggunakan Applikasi
PENTING: Jika anda menggunakan sim prepaid, pastikan anda tidak membiarkan sim anda tidak direload selama 2 bulan atau 3 bulan, jika ini terjadi sim ada secara automatik telah dibatalkan oleh pihak Telco. Sekiranya kenderaan anda dibawa lari atau dicuri  setelah sim tersebut dibatalkan ia akan menyukarkan pengesanan lokasi.
                                                                         

6. ADAKAH ALAT INI MEMERLUKAN SIM KAD
- YA! Anda boleh mengunakan apa jua sim kad phone yang ada dipasaran mengikut apa yang sesuai bagi anda atau mengikut liputan yang terbaik dan juga termurah apabila anda melanggan data serta jangka tempoh aktif sim yang panjang. Anda boleh menggunakam sim kad prepaid atau postpaid.
                                                                                   


7. ADAKAH ALAT YANG KAMI BELI INI MEMPUNYAI JAMINAN?
- YA! Kami memberi jaminan 1 Tahun. Jika berlaku kerosakan sebelum tempoh satu tahun kami akan mengantikan dengan alat yang baru.

                                                                  
 8. ADAKAH ALAT INI AKAN MENGANGGU SISTEM DALAM KENDERAAN ANDA?
- TIDAK SAMA SEKALI! Sekiranya anda mempunyai tanggapan tersendiri, ianya terserah kepada diri anda sendiri untuk menilai atau ingin memasang alat ini atau pun tidak. Jika Anda ingin kenderaan anda dapat dikesan atau tidak semua terserah ditangan anda juga.


Friday, 17 August 2018

ANDA BOLEH COPY TRACK LINK LOKASI KENDERAAN DISINI ATAU ANDA BOLEH PANTAU TERUS DISINI DENGAN ID ANDA YANG ADA

                                                        GPS TRACKING PLATFORM



WEBSITE
                       

WEBSITE 

WEBSITE

PENGENALAN






TERIMA KASIH KERENA BERKUNJUNG DI BLOG INI. TIADA APA NAK DIKATAKAN CUMA KAMI INGIN MENERANGKAN SECARA RINGKAS AKTIVI BLOG KAMI UNTUK DIKONGSIKAN BERSAMA
KAMI ADALAH SEBUAH SYARIKAT YANG MENJUAL ALAT GPS TRACKER SERTA ALAT ELEKTRONIK YANG LAIN UNTUK SEMUA KENDERAAN. SEANDAINYA ANDA INGIN MEMASTIKAN KENDERAAN SENTIASA DALAM KEADAAN SELAMAT ATAU ANDA INGIN MENGETAHUI LOKASI KENDERAAN ANDA SETIAP MASA. ANDA HARUS MEMASANG ALAT GPS TRACKER SEBAGAI SATU ALAT KESELAMATAN, APATAH LAGI SEKIRANYA KENDERAAN ANDA DICURI. OLEH ITU PASTIKAN ANDA SENTIASA BERWASPADA SETIAP MASA. SEANDAINYA ANDA INGIN MEMBELI  PRODUK YANG ADA DARI BLOG INI. ANDA HANYA  PERLUKANMENINGGALKAN KOMEN DIRUANG YANG TERSEDIA ADA BERSERTA NUMBER TELEFON ANDA UNTU KAMI MENGHUBUNGI ANDA.
 SEKIAN. TERIMA KASIH

GPS RADAR SETELLITE Southeast Asia

     


Payment Methods


Thursday, 16 August 2018

UNTUK DIFIKIRKAN BERSAMA

                                                                   PERINGATAN



Kepada semua pemilik kenderaan.Tidak kisahlah anda beli GPS TRACKER dimana jua sekalipun yang penting anda telah melakukan sesuatu demi keselamatan kenderaan anda. Cuma saya nak pesan perkara PENTING. Jika anda beli sekadar pasang tanpa mgetahui tip dari penjual yg mpunyai berpengalaman harap lupakan saja niat anda itu. Pencuri kereta kat luar sana bukannya BODOH. Mereka lebih bijak sebelum melarikan atau mcuri kenderaan anda. HATTA anda beli mahal sekalipus gps tracker tersebut, boleh cutt off atau pun tidak, beli dari syarikat yang terkenal atau tak terkenal, beli kat lazada atau personal yg ada kt mana mana. Baik jangan buang duit atau dgn  kata mudah " jangan pasang lebih baik."

Klau pasang sesuka hati tanpa mengetahui tip dan kawasan yang sesuai untuk meletakan alat tersebut, gps anda mudah dikesan terutama yg berwayar

 Sekian Harap maklum.
#JANGAN INGAT PENCURI KENDERAAN BODOH ATAU JANGAN INGAT PENCURI KISAH ANDA ADA GPS BOLEH CUT OFF ATAU TAK, SB MEREKA BOLEH HILANGKAN KENDERAAN HANYA SEKELIP MATA SAHAJA. SEBELUM MEREKA MEMBODOHKAN ANDA LEBIH BAIK KITA BERFIKIRAN SEPERTI MEREKA DAN BOLEH MEMBODOHKAN MEREKA BALIK!!


Kemana kereta 4x4 anda dijual selepas di curi ?

   Abu Ays        Thursday, September 29, 2016
Kemana agaknya kereta 4x4 anda, yang baru kena curi di bawa lari dan dijual ?

Mungkin itu soalan yang ada dalam kepala anda sekarang, jika kereta 4x4 anda dari jenis Hilux baru saja hilang entah ke mana. (sumber gambar)

Kenapa saya kata kereta 4x4 Hilux yang baru kena curi ?

Sebabnya anda sendiri mungkin dah tahu. Setelah kereta Proton Wira, kereta 4x4 Hilux merupakan kenderaan paling tinggi jumlahnya yang dilaporkan kena curi. Itu merupakan data tahun 2015.

Eh ! takkan kereta Proton Wira pulak jadi kereta paling laris dicuri di negara kita, apa bagus sangat kereta Proton Wira tu ?

Saya juga terkejut bila dapat tahu rupa-rupanya kereta Proton Wira menjadi kenderaan paling banyak dilaporkan kena curi. Data tahun 2015 menunjukkan jumlah kereta Proton Wira yang kena curi adalah sebanyak 1,214 buah !.

Selepas kereta Proton Wira, barulah masuk Kereta 4x4 Hilux. Jumlah kereta Hilux yang kena curi pada tahun lepas adalah sebanyak 595 unit. Jom kita lihat statistik jumlah kenderaan yang kena curi tahun lepas kat bawah sebagai ringkasan:

Senarai kereta paling banyak kena curi 2015

Ini senarai tahun 2015 yang jumlahnya lebih banyak dari tahun ini, jika dilihat dari segi trend kecurian bermula Jan 2016 hingga Jun 2016. Tahun ini laporan dikatakan jumlah kecurian berkurangan dalam lingkungan 5%.
  1. Proton Wira - 1,214
  2. Toyota Hilux - 595
  3. Proton Iswara - 552
  4. Perodua Kancil - 550
  5. Proton Waja - 538
  6. Perodua Myvi - 379
  7. Proton Saga - 318
  8. Proton Satria - 238
  9. Nissan Vanette - 208
  10. Honda Civic - 200
Rata-rata kereta yang paling top kena curi merupakan jenama buatan Malaysia. Pelik juga sebab apa jenama kereta buatan Malaysia tu paling banyak yang kena curi, satu soalan yang tentu anda juga tertanya-tanya.

Tapi tak payahlah nak hairan sangat. Sebab memang kenderaan buatan Malaysia itulah yang paling banyak sekali duk ada atas jalanraya kita Malaysia. Kereta paling banyak sekali dijual adalah kereta buatan samada Proton atau Perodua. Mereka kuasai lebih separuh dari jumlah pasaran kereta kat negara kita.

Oleh itu jika kereta buatan Malaysia juga yang jadi top kena curi, bukanlah sesuatu yang menghairankan. Mungkin mereka curi kereta tersebut untuk diuraikan segala barang dan kemudiannya dijual sebagai spareparts. 

Oleh kerena kereta Proton yang paling banyak masalah dari segi kualitinya, sudah tentu spareparts kereta Proton paling banyak mendapat permintaan di pasaran. Jadi apa lagi, curi kereta Proton, bongkar semua parts dan jual semula masuk dalam pasaran. Easy money mahhh !

Kereta 4x4 Hilux no 2 laris dicuri

Kereta paling top kena curi yang bukan jenama buatan Malaysia adalah kenderaan 4x4 Hilux. Sebab itu kalau anda pakai Hilux, bila nak hidupkan insuran agak susah sikit dan premiumnya semacam tinggi sedikit daripada kenderaan pickup lain. Punca adalah sebab orang suka curi Hilux sejak dari tahun dulu lagi.

Tahun 2014, Hilux juga duduk tangga ke-2 selepas Proton Wira, berikut adalah carta kereta kena curi pada tahun 2014:
  1. Proton Wira (1,268)
  2. Toyota Hilux (762)
  3. Proton Iswara (717)
  4. Proton Waja (694)
  5. Perodua Kancil (638)
  6. Perodua Myvi (477)
  7. Proton Saga (414)
  8. Proton Satria (273)
  9. Toyota Vios (252)
  10. Proton Perdana (243)
Kenapa Hilux sentiasa menjadi kegilaan para pencuri kereta, tidak dapat dipastikan. Mungkin sebab pertama adalah permintaan keret hilux dalam pasaran gelap adalah tinggi. Jadi jika mereka curi Hilux, lebih mudah untuk dijual.

Kemana kereta curi dijual

Menurut laporan dari Bernama, daripada sumber maklumat yang mereka dapat, kebanyakan kenderaan yang dicuri di Malaysia akan diseludup masuk ke negara Thailand. Dari situ kenderaan curi itu akan dijual dalam pasaran gelap Thailand. Malah punya berani, mereka juga tawarkan jualan kereta curi dalam internet.

Jika kenderaan tak boleh dijual di Thailand, kenderaan curi tersebut akan dibawa melaui jalan darat masuk ke samada Myanmar, Laos atau Cambodia. Bila masuk kat 3 negara tersebut yang merupakan jiran Thailand, maka kemungkinan nak dapatkan balik kenderaan curi adalah terlalu nipis.

Menurut sumber, kenderaan 4x4 yang kena curi amat laris dijual dalam pasaran gelap di Myanmar. Oleh itu kemungkinan kenderaan 4x4 anda yang kena curi adalah amat tinggi berada di Thailand ataupun di Myanmar.

Bagi kenderaan mewah dan MPV pula, negara Cambodia (Kemboja) amat meminati kenderaan jenis tersebut. Mereka ada taste nampaknya dengan kemewahan. Ada juga tuduhan kononnya kenderaan mewah dan MPV dibeli oleh orang atasan dari kalangan pegawai polis, pegawai tentera dan juga pegawai kerajaan lain di negara Indochina tersebut. Kesahihannya tidak dapat dipastikan, tapi kalau tanya saya, ia amat boleh dipercayai rasanya.

Macam mana kenderaan mewah dan 4x4 dicuri

Menurut sumber dari Bernama lagi, biasanya kereta yang dicuri akan dimasukkan terus ke dalam kontena dan dihantar ke Singapura. Dari situ mereka akan hantar dengan kapal ke Thailand. Biasanya pelabuhan yang digunakan di Thailand adalah Pelabuhan Laem Chabang, Thailand.

Sebahagian daripada kenderaan yang dicuri itu akan dikeluarkan masuk ke Thailand di pelabuhan tersebut dan sebahagian lagi akan meneruskan perjalanan dengan kapal pergi pula ke negara Indochina lain seperti yang tersebut kat atas tadi.

Dari gerak kerja mereka, nampak memang amat tersusun sekali dan sudah tentu melibatkan rangkaian orang jahat yang ramai dari negara kita sendiri Malaysia sehinggalah ke Singapura, Thailand, Myanmar, Kemboja dan Laos.

Nampaknya orang jahat bersatu buat jahat lebih tersusun dan lebih baik serta berdisiplin daripada parti pembangkang di negara kita.. !!

______________________________________________________________________


RAMAI YANG TIDAK TAHU GPS TRACKER ATAU MEREKA TAK NAK AMBIL TAHU


Ramai yang tidak tahu mengenai GPS TRACKER serta kebaikannya terhadap kenderaan anda terutama mengenai keselamatan kenderaan anda ketika dicuri, disamun atau sbaliknya. Namun begitu setiap sesuatu ada kebaikan keburukan serta kelemahan. Namun setidaknya kita telah melakukan sesuatu yg tbaik dari tidak melakukan apa apa.
Alat Gps tracker ramai yg tidak tahu, namun ada yg tahu tp buat2 tidak tahu. Bila kenderaan mrk hilang baru lah mereka tahu....hu hu hu
Alat gps ni tidak semestinya mjamin kenderaan anda tidak akn dicuri. Bila tiba masa atau silap hari bulan kenderaan anda akan lenyap dari pandangan mata. Masa tu tiada lagi lagu roma irama, isabela, fantasi bulan madu, sejati,awk dimana awak dimana...yang ada masa tu adalah sumpah seranah, bkumat kumit mulut anda baca doa wlpn selama ni tk pernh solat hu hu hu...
Walaupn anda pasang lock stering, padle lock, gear lock dan apa jua sistem alat gps harus juga anda pasang utk melengkapkn keselamatan kenderaan anda. Anda harus tahu tidak smestinya lock tu bkesan. Contohnya yg pernh blaku rampasan kereta secara mgejut dlm kes samun, rampasan kereta smasa isi minyak, kes towing haram. Adakah lock tsebut bkesan utk mjamin secara total. Disini saya sarankn gabungkan smua skali smua lock dn gps sbgai pelengkap. Jika kenderaan anda disabotaj anda boleh mgetahui lokasinya. Anda tentu akn kata..klau pencuri tahu alat gps tu tak ada guna juga. Anda silap bfikir begitu. Kebanyakkn pencuri senang mcuri kenderaan yg ada di Malaysia sb hnya 1% shj yg pasang alat ini pd kenderaan individu. Jd pcuri tidak myangka kenderaan anda ada gps tracker. Dan anda harus tahu tip pmsangan serta cara alat ini tidak dpt diceroboh dengan pjual yg bpengalaman, bukan main jual lps tu tak tahu. Jadi renungkanlah sblum anda pening kepala walaupn panadol ada. Walaupn bentuk gurauan tp bl kenderaan anda hilang tanpa jejak seluruh bulu ditubuh anda akan gugur dan tidak seperti Gugurnya Bunga Cinta nyanyian kumpulan Laksamana. Oleh itu 
renung renunglah

___________________________________________________________________________



PENTING BAGI KENDERAAN YANG MENGUNAKAN PUSH BUTTON

Pemilik kenderaan dinasihatkan 

Iebih berhati-hati ketika memarkir 

di Iokasi berisiko tinggi bagi mengelak kenderaan dicuri berikutan kewujudan lambakan peranti penggodam frekuensi yang boleh didapati dengan mudah di negara ini. 

Golongan yang perlu mengambil berat mengenai perkara ini adalah pemilik kereta yang menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci (key/e55). 


Kecurian lebih mudah berlaku ke atas kereta dengan sistem kemasukan tanpa kunci susulan ia didatangkan lengkap bersama sistem penghidup kenderaan tanpa kunci (push start button). 

Memetik laporan akhbar The Star hari ini, peranti yang berharga kira-kira RM150 itu boleh didapati secara dalam talian atau di beberapa gedung elektronik. 

Difahamkan, peranti berkenaan boleh membuka kunci kereta dan memulakan enjinnya dengan hanya menggodam maklumat pengenalan frekuensi radio (RFID). 

Menurut sumber, peranti tersebut boleh membuka hampir setiap kereta dengan kemasukan tanpa kunci. 

"Malah, ada antara kelompok pencuri kereta terbabit sanggup merekrut penggodam bagi menjalankan kerja pemasangan perisian diperlukan ke komputer riba mereka dan mengajar mereka cara mengendalikan peranti itu. 

”Terdapat tiga cara untuk mencuri kod untuk membuka kunci kenderaan ini. Pertama, peranti perlu dipasang pada komputer dan dijalankan dengan perisian pemantauan mudah (boleh dimuat turun secara percuma daripada |nternet)," jelas sumber berkenaan. 

Katanya, perisian itu menjalankan fungsi membaca kod yang dihantar antara kunci utama dan sistem kereta. 

Kaedah kedua adalah dengan 'menyerang' sistem kereta di mana peranti penggodam akan bertindak menyiarkan isyarat meniru kod supaya ia bertindak balas dengan membuka kunci kenderaan. 

Harus diketahui, proses itu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja (bergantung kepada pangkalan data kod 

penggodam). 

Berdasarkan kajian dilakukan Allgemeiner Deutscher AutomobiI-Club (ADAC) yang berpangkalan di Munich, lebih 110 model dari 27 pengeluar yang berbeza berisiko dicuri berdasarkan sistem tanpa kunci yang mereka gunakan. 

Jurucakap ADAC berkata, lebih 19 juta kereta berjaya 'dicuri' dengan mudah menggunakan peranti penggera frekuensi dalam ujian yang dijalankan baru-baru ini. 

"Kita (ADAC) bukan sahaja dapat membuka kunci kenderaan bahkan turut boleh menghidupkan enjin tanpa sebarang masalah. 

"Setakat ini, pengeluar kereta masih belum menemui solusi terbaik bagi mengagalkan aktiviti pencuri kereta tersebut,” katanya. 

Tambahnya, pemilik kereta perlu 


mengambil Iangkah berjaga-jaga tambahan seperti memasang peranti pengesan GPS, menggunakan kekunci cut off yg sentiasa diaktifkan ketika meninggalkan kenderaan. Cara ini amat berkesan untuk mengelakkan kenderaan anda dihidupkan. Tip tambahan lain kunci stereng atau gear bagi menghalang kes kecurian

_______________________________________________________________________________


KERETA DICURI, SUSAH KITA NANTI! 10 TIPS PENTING ELAK KECURIAN: PESANAN DARI BEKAS PENJENAYAH

KERETA DICURI, SUSAH KITA NANTI! 10 TIPS PENTING ELAK KECURIAN: PESANAN DARI BEKAS PENJENAYAH

Saban hari memang jenuh berita kecurian kereta. Hilang terus satu hal, yang lebih manyakitkan hati bila kereta kita dipecahkan dan barang-barang berharga di dalam kereta habis dicuri. Jadi di sini kami ingin kongsikan beberapa tips untuk kita ambil tindakan.


Kalau tak nak ikut pun, boleh la buat kongsikan ilmu. Penulis asal artikel ini tidak menyatakan nama sebenar beliau namun sebagai bekas pencuri kereta yang sudah insaf beliau ingin berkongsi sedikit ilmu tentang cara-cara melindungi kereta daripada pengalaman beliau sendiri. Ia dikongsi bersama laman web bluecollarweb.

PROSES MENCURI

Dari saat pertama mereka memecah masuk sebuah kereta, mereka sentiasa menanam dalam fikiran yang seseorang sudah pun menelefon pihak polis atau sebarang bantuan. Mereka juga menganggarkan masa ketibaan pihak polis atau orang awam ialah dalam 60 saat.

Jadi untuk keselamatan, mereka cuma akan meluangkan masa selama 20 saat untuk menyelesaikan kerja. Cuma 20 saat dan mereka akan selesai!

Cara nak mengira 20 saat itu pun bukan seperti mengira sistem “Satu ribu satu, satu ribu dua” dalam sesi ujian keselamatan jalan raya, kiraan mesti pantas untuk mengelak dari ditangkap. Rasanya dalam situasi sebenar tak sampai pun 20 saat.

Jadi apa erti ini semua kepada kita? Ini bermakna perkataan “sekejap” yang selalu kita lafazkan sewaktu hendak pergi beli suratkhabar, rokok, bayar duit minyak, beli goreng pisang dan lain-lain adalah sudah lebih dari cukup untuk pencuri seperti ini menyelesaikan urusan.

Cuma 20 saat, mereka akan melarikan sistem stereo anda, DVD, beg tangan, gigi palsu, tablet, komputer riba, pasu bunga, dulang astro dan macam-macam lagi apa yang ada dalam kenderaan anda. Bagi yang lebih nekad semestinya kereta anda juga boleh hilang terus, bab ini yang akan menjadikan anda pitam dan terkena strok haba tahap Gaban

Secara jujurnya, kadang-kadang tiada apa yang boleh anda buat untuk menghalangnya. Ini kerana masa yang diperlukan cumalah 20 saat untuk memecah masuk sama ada untuk mencuri barangan berharga ataupun melarikan terus kereta anda.

Jadi adakah anda perlu berserah begitu sahaja? Jangan. Ada beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk menyelamatkan kereta anda dan barangan yang ada di dalamnya.

Faceplate sistem audio
Bagi sistem pemuka audio boleh dibuka, tanggalkan dan letakkan di dalam glovebox. Ini kerana adalah tidak berbaloi untuk mencuri sistem stereo tanpa faceplate. Siapa nak beli radio yang tidak lengkap. Sebenarnya pencuri juga tahu anda mungkin meletakannya di dalam glove box, tetapi mungkin juga anda membawanya di dalam beg tangan anda.

Untuk mendapatkan kepastian mereka perlukan masa, masa untuk memeriksa satu persatu. Adalah lebih mudah untuk mereka memilih sasaran lain yang lebih munasabah.

Bar pengunci stereng
Susah untuk melarikan sebuah kereta yang telah dipasang dengan kunci stereng. Bukannya mustahil bagi pencuri kereta tetapi agak rumit dan memakan masa dan mereka cukup berkira dengan masa.

Jadi jika ada pengunci stereng, mereka akan memilih kereta lain. Pencuri juga tahu yang stereng kereta-kereta moden banyak yang diperbuat daripada plastik dan senang dipotong untuk memudahkan proses membuang bar pengunci stereng tapi seperti yang dimaklumkan sebelum ini, ia memakan masa, dan pencuri kereta selalu berlumba dengan masa.

Kunci kereta anda
Kenapa? Kerana ada dua jenis pencuri. Yang pertama akan pencuri kereta anda walaupun sudah dikunci kerena mereka memang sudah mensasarkan kereta anda. Satu lagi golongan pencuri ialah yang mencuri berdasarkan kesempatan. Ya lah, peluang di hadapan mata, kereta pula tidak berkunci. Mana ada kucing yang menolak ikan.

Sistem penggera
Pencuri kereta bukan penjual sistem penggera. Mereka tak peduli sangat dengan sistem penggera canggih yang berharga ribuan ringgit. Apa yang dicadangkan oleh pencuri kereta pencen ini ialah sebiji lampu berkelip yang diletakkan di atas papan pemuka kereta anda.

Menurut beliau, bila mereka nampak ada sebarang objek yang berkelip di bahagian atas papan pemuka, mereka akan terus mencari sasaran lain yang lebih mudah. Anda boleh mendapatkan lampu-lampu sebegini di kedai aksesori kereta dan melekatkannya dengan pita pelekat.

Jika ada objek yang nampak seperti sebahagian sistem penggera dan berkelip seperti sistem penggera, pencuri biasa akan mencari sasaran lain yang lebih menjimatkan masa.

Sistem Gps
Pastikan juga anda memasang alat penjejak lokasi dalam kenderaan anda untuk memastikan kenderaan anda lebih selamat dan mudah untuk kesan. Yelah pencuri kereta bukan bodoh, klau plan A gagal dia cuba plan B walaupun kita pasang berbagai lock. Abis cara mereka mengunakan towing untuk melarikan kenderaan kita ketika kita sedang tidur lena pada pagi hari. Oleh itu guna alat gps yang mempunyai geofence, alert Shock dan cut off supaya alat tersebut dapat menghantar bunyi alarm ke phone anda.


Simpan barang berharga dalam but
Ingat undang-undang 20 saat pencuri kereta? Mereka tiada masa untuk memecah masuk dan memeriksa but kereta anda. Ia terlalu memakan masa. Jadi kalau sayangkan barang-barang anda, letakkan segala DVD, GPS, alatan sukan seperti raket tenis anda di dalam but belakang.

Sepahkan barang dalam kereta
Bunyi kelakar tetapi berkesan. Menurut penulis ini beliau tidak akan memecah masuk atau mencuri kereta yang bersepah dari lantai sampai ke bumbung. Walaupun mungkin ada barangan yang berharga di dalam tetapi ia tidak berbaloi untuk dicuri.

Ingat pencuri sama sekali tidak ingin menyentuh tisu-tisu atau pembungkus makanan yang sudah lebih sebulan berada dalam kereta anda. Silap-silap 5 keluarga tikus menetap di dalam tu.

Jangan tinggalkan wang kecil
Kadang-kadang ada pemilik yang sengaja meninggalkan wang kecil dalam kereta untuk membayar parking, tol ataupun membeli suratkhabar. Mungkin jumlahnya tidak kecil tetapi bagi pencuri kecil-kecilan itu sudah mencukupi untuk mereka memecahkan cermin tingkap anda.

Akhirnya, duit hilang cuma RM1.80 tetapi kos menggantikan cermin yang pecah menelan bajet ratusan ringgit. Sama juga dengan meninggalkan dompet di dalam kereta walaupun dalamnya kosong.

Ingat pencuri cuma tertarik dengan dompet. Prinsip mereka mudah, pecahkan dulu, ambik dompet, periksa dan akhir sekali buang ke mana-mana. 10 saat pun dah memadai.

Lampu Jalan
Pastikan kereta anda sentiasa di bawah sinaran lampu jalan. Jangan mengada-ngada nak sorok kereta anda di tempat gelap. Ingat kecurian biasanya berlaku jika ada peluang untuk melakukannya dan bekerja di dalam suasana terang bukan gaya pencuri kereta.

Lampu luar rumah dengan pengesan pengerakan
Jika anda ingin menjimatkan bil elektrik kerana maklumlah bil elektrik di Malaysia ni agak melangit tingginya, gunakan lampu luar yang lengkap dengan pengesan pergerakan.

Ini bermakna ia cuma akan menyala jika ada sebarang pergerakan berhampiran kereta anda. Ingat. Selain daripada memancarkan cahaya terang, ia juga mengejutkan pencuri. Mereka juga tidak sukakan kejutan.

Pesanan akhir

Kalau malas sangat nak amalkan yang lain, cukuplah dengan dua langkah sahaja:

Cahaya adalah musuh pencuri (Ye lah , perangai pun dah macam setan). Mereka bencikan cahaya. Cukup-cukup benci. Jadi penting untuk anda bersahabat dengan cahaya. Sentiasa letak kenderaan anda berhampiran dengan sumber cahaya supaya para pencuri durjana akan berlalu pergi.
20 saat. Ingat! Keseluruhan proses hanya memakan masa 20 saat. Jangan sesekali lupa!

________________________________________________________________________________


Teknologi Automotif & Kejuruteraan GPS 

Secara global sistem yang digunakan untuk menentukan sesuatu tempat dikenali sebagai Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS). Sistem ini baru sahaja diperkenalkan pada abad ke 21. Ia mula diperkenalkan dengan kewujudan sistem navigasi yang dibina di beberapa negara di dunia. Walaupun beberapa sistem navigasi telah siap dan ada juga yang masih dalam pembinaan, satu-satunya sistem GNSS yang berfungsi sepenuhnya di dunia ialah Sistem Penentududukan Global (GPS). GPS diperkenalkan oleh jabatan pertahanan Amerika. Ia juga dikenali dengan nama rasminya NAVSTAR-GPS.

Secara nominal, GPS terdiri daripada 24 satelit yang dilancarkan secara berperingkat bermula dari tahun 1978. GPS hanya beroperasi sepenuhnya pada tahun 1995. Sehingga kini ia mempunyai lebih 30 satelit di angkasa. Pada awalnya GPS dibina untuk tujuan ketenteraan tetapi selepas tahun 1983, ia dibuka unutk kegunaan awam. Ia hanya berlaku selepas kapalterbang Korea yang membawa penumpang awam telah ditembak oleh Kesatuan Soviet (sekarang telah terpecah kepada negara Russia dan lain-lain). Kapal terbang tersebut tanpa disedari telah tersasar memasuki ruang angkasa negara mereka ( ketika Amerika menghadapi Perang Dingin dengan Soviet)

Satelit GPS

Satelit-satelit GPS mengorbit bumi pada ketinggian 20000 kilometer dengan sudut dongak sebanyak 55 darjah dari satah Khatulistiwa dan mencatatkan tempoh selama 12 jam untuk satu pusingan orbit lengkap. Ini bermakna dalam satu hari, satelit yang sama mengorbit bumi sebanyak dua kali. Dengan kata lain, secara umumnya kita boleh melihat satelit yang sama di angkasa sebanyak dua kali sehari. Terdapat enam gugusan satelit yang mengorbit bumi, yang setiap satunya mempunyai empat satelit. Setiap satelit dibina dengan jangkahayat di angkasa selama lebih 10 tahun. Satelit ini mendapat bekalan tenaga elektrik dari panel suria yang dipasang pada badan atau sayap satelit. Satelit yang baharu akan dilancarkan ke orbit dari semasa ke semasa bagi menggantikan satelit yang lama. GPS beroperasi di bawah kawalan Department of Defence (DoD) yang mempunyai pusat kawalan di Amerika Syarikat. Satelit ini menghantar isyarat kepada pengguna untuk menentukan kedudukan dan masa di mana-mana sahaja mereka berada. Isyarat juga boleh diterima dalam apa jua keadaan cuaca tanpa batasan kecuali isyarat tersebut dimatikan oleh kerajaan Amerika.


 Satelit GPS

Apakah isyarat yang digunakan

Satelit GPS merupakan satu sistem komunikasi satu hala bagi menghantar isyarat radio untuk kegunaan tentera dan orang awam. Sebaliknya pengguna tidak boleh menghantar isyarat ke satelit tersebut untuk berkomunikasi. Isyarat radio yang digunakan adalah dalam julat jalur UHF (ultra high frequency). Isyarat radio ini bertindak sebagai pembawa kepada isyarat maklumat yang akan diterima oleh alat penerima isyarat GPS yang dimiliki oleh pengguna. Isyarat maklumat yang dihantar adalah dalam bentuk digit. Ia terdiri dari kod rawak semu (pseudorandom code), data efermeris dan data almanak. Kod rawak semu ini merupakan identifikasi bagi satelit yang menghantar isyarat tersebut.

Data efemeris pula akan menyatakan kedudukan satelit berkenaan di orbit dan juga kedudukan satelit yang lainnya. Data almanak menyatakan status satelit (sihat atau tidak), memberikan maklumat tarikh dan masa. Ia juga memberikan data yang penting untuk menentukan kedudukan pengguna. Pengguna awam boleh menerima isyarat ini secara percuma dengan syarat kita mempunyai alat penerima GPS. Walaubagaimanapun alat penerima ini perlu dibeli dengan pelbagai harga mengikut kegunaan tertentu. Isyarat yang diterima oleh orang awam ini terlebih dahulu telah disulitkan oleh kerajaan Amerika dan tidaklah sejitu seperti isyarat yang digunakan oleh tentera Amerika dan sekutunya.Hal ini  demikian kerana tujuan utama GPS adalah untuk ketenteraan. Walaubagaimanapun dengan kaedah pemprosesan isyarat yang tertentu dan terkini, kejituan yang baik boleh dihasilkan oleh pengguna awam.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu kejituan GPS. Isyarat GPS perlu merambat/bergerak melalui atmosfera seperti lapisan ionosfera dan troposfera menuju ke bumi. Keadaan semulajadi lapisan ini akan melambatkan isyarat tersebut untuk sampai ke bumi.Perisian dan kiraan tertentu boleh digunakan untuk mengurangkan kesan lambatan ini. Isyarat GPS hanya boleh diterima di kawasan lapang dan bukan di dalam bangunan.

Isyarat yang diterima juga boleh terhalang oleh objek-objek seperti pokok, bangunan, bukit dan sebagainya. Isyarat yang terpantul oleh halangan ini ada juga yang boleh dikesan  oleh alat penerima GPS tetapi agak lemah. Kesan gangguan ini dikenali sebagai berbilang laluan (multipath). Ala penerima GPS yang biasanya menggunakan jam kuartza kurang jitu untuk segerak dengan isyarat GPS kerana jam GPS terdiri daripada jam atom. Gangguan ini dikenali sebagai ralat jam. Antara gangguan lain termasuklah ralat satelit, ralat alat penerima dan ralat dalam isyarat.

Kegunaan

Kebanyakan kita menggunakan GPS secara komersil untuk menentukan lokasi sesuatu tempat. Terdapat pelbagai jenis alat penerima isyarat satelit gps di pasaran untuk tujuan ini. Jenis yang popular digunakan untuk tujuan komersial antaranya termasuklah Garmin, Navman dan TomTom. Alat penerima ini boleh memberikan ketepatan kedudukan dalam lingkungan 10 meter dari kedudukan sebenar. Dengan gabungan peta digital dan GPS, pengguna boleh melihat kedudukan mereka pada peta tersebut sama ada dalam kedudukan statik ataupun bergerak. Kini perisian ini boleh didapati dalam telefon mudah alih seperti Nokia, Iphone, Blackberry dan juga alat Pembantu Digital Peribadi (Personal Digital Assistant, PDA) jenis hTC.

Persatuan Automobil Malaysia ( Automobile Assosiation of Malaysia, AAM) menggalakkan ahli-ahlinya memasang penjejak pintar (AAM smart tracker) untuk menjejak kenderaan yang dicuri. Penjejak pintar ini menggunakan GPS untuk mengesan lokasi kenderaan tersebut. Memandangkan banyaknya berlaku kemalangan jalanraya berpunca daripada bas yang dalam perjalanan jauh, maka kerajaan telah menyarankan agar pengusaha bas melengkapkan kenderaan penumpang tersebut dengan alat penerima GPS. Dengan itu pengusaha bas boleh memantau kelajuan bas yang dipandu serta kedudukan bas juga boleh diketahui. Satu ketika dahulu teksi di KLIA juga dilengkapkan dengan sistem GPS. Di Indonesia, teksi kepunyaan syarikat Blue Bird, misalnya dilengkapkan dengan sistem ini. Kenderaan mewah seperti BMW dan Mercedes juga telah siap dipasang dengan GPS. Walau bagaimana pun, ramai diantara individu atau pemilik kenderaan tidak berani untuk memasang alat penjejak kerena dikhuatiri akan menganggu sistem elektronik serta jaminan terhadap sesuatu kenderaan. Tanggapan ini tidak berasas sama sekali kerena alat ini tidak ada pautan dengan sistem elekronik yang ada dan aliran tenaga elektrik digunakan adalah terlalu sedikit serta tidak menjejaskan  kualiti bateri kenderaan  tersebut dan juga tidak menjejaskan jaminan kenderan yang diberi oleh sesebuah syarikat automobil yang berkenaan. Tiada kes atau kerosakan sesebuah kenderaan disebabkan oleh alat penjejak GPS yang direkodkan oleh mana mana persatuan automobil dunia

Kanak-kanak boleh menggunakan jam tangan yang dilengkapi dengan alat penerima GPS seperti jenis Wherify. Dengan itu ibubapa atau penjaga boleh menjejak lokasi anak mereka sekiranya mereka sesat atau hilang. Untuk tujuan pemetaan dan ukur yang memerlukan bacaan yang lebih jitu dengan ketepatan kurang dari satu meter, alat penerima yang jauh lebih mahal digunakan seperti Trimble, Leica, Navtech dan sebagainya. Contohnya Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) menggunakan alat penerima jenis Trimble untuk menentukan kedudukan untuk membina peta. Dalam ketenteraan, kedudukan yang jitu sangat diperlukan untuk pelancaran peluru berpandu bagi memastikan ia tidak tersasar ke tempat lain yang boleh membahayakan orang awam.

Rusia merupakan pemaju yang kedua penting dengan sistemnya yang diberi nama Sistem Navigasi Orbit Global (Global’naya Navigagatsionnaya Sputnikovaya Systema, GLONASS). Mereka telah mula beroperasi sejak tahun 1976. mereka juga telah melancarkan satelit ini untuk tujuan ketenteraan dan boleh digunakan oleh orang awam. Walaupun ia memberikan kejituan lebih baik daripada GPS tetapi isyarat yang dihantar agak tidak konsisten dan tidak dipantau dengan baik.

Baru-baru ini China juga telah melancarkan satelit navigasinya yang dikenali sebagai Beidou (Big Dipper). Menyedari kepentingan satelit navigasi ini dan untuk mengelakkan kebergantungan kepada satelit Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah telah mula melancarkan satelit navigasi mereka iaitu Galileo. Sistem satelit ini dibina dan dikendalikan oleh orang awam. India juga akan melancarkan satelitnya yang dikenali sebagi Sistem Satelit Navigasi Wilayah India ( Indian Regional Navigational Satellite System, IRNSS). Di samping itu GPS pula sekarang ini dalam fasa pemodenan untuk menambahbaik lagi perkhidmatan mereka untuk ketenteraan dan juga orang awam.

Catatan : // Penulis merupakan Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem dan Felo Bersekutu Institut Sains Angkasa, Universiti Kebangsaan Malaysia

____________________________________________________________________________


PENTING BAGI KENDERAAN YANG MENGUNAKAN PUSH BUTTON

Pemilik kenderaan dinasihatkan 

Iebih berhati-hati ketika memarkir 

di Iokasi berisiko tinggi bagi mengelak kenderaan dicuri berikutan kewujudan lambakan peranti penggodam frekuensi yang boleh didapati dengan mudah di negara ini. 

Golongan yang perlu mengambil berat mengenai perkara ini adalah pemilik kereta yang menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci (key/e55). 

Kecurian lebih mudah berlaku ke atas kereta dengan sistem kemasukan tanpa kunci susulan ia didatangkan lengkap bersama sistem penghidup kenderaan tanpa kunci (push start button). 

Memetik laporan akhbar The Star hari ini, peranti yang berharga kira-kira RM150 itu boleh didapati secara dalam talian atau di beberapa gedung elektronik. 

Difahamkan, peranti berkenaan boleh membuka kunci kereta dan memulakan enjinnya dengan hanya menggodam maklumat pengenalan frekuensi radio (RFID). 

Menurut sumber, peranti tersebut boleh membuka hampir setiap kereta dengan kemasukan tanpa kunci. 

"Malah, ada antara kelompok pencuri kereta terbabit sanggup merekrut penggodam bagi menjalankan kerja pemasangan perisian diperlukan ke komputer riba mereka dan mengajar mereka cara mengendalikan peranti itu. 

”Terdapat tiga cara untuk mencuri kod untuk membuka kunci kenderaan ini. Pertama, peranti perlu dipasang pada komputer dan dijalankan dengan perisian pemantauan mudah (boleh dimuat turun secara percuma daripada |nternet)," jelas sumber berkenaan. 

Katanya, perisian itu menjalankan fungsi membaca kod yang dihantar antara kunci utama dan sistem kereta. 

Kaedah kedua adalah dengan 'menyerang' sistem kereta di mana peranti penggodam akan bertindak menyiarkan isyarat meniru kod supaya ia bertindak balas dengan membuka kunci kenderaan. 

Harus diketahui, proses itu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja (bergantung kepada pangkalan data kod 

penggodam). 

Berdasarkan kajian dilakukan Allgemeiner Deutscher AutomobiI-Club (ADAC) yang berpangkalan di Munich, lebih 110 model dari 27 pengeluar yang berbeza berisiko dicuri berdasarkan sistem tanpa kunci yang mereka gunakan. 

Jurucakap ADAC berkata, lebih 19 juta kereta berjaya 'dicuri' dengan mudah menggunakan peranti penggera frekuensi dalam ujian yang dijalankan baru-baru ini. 

"Kita (ADAC) bukan sahaja dapat membuka kunci kenderaan bahkan turut boleh menghidupkan enjin tanpa sebarang masalah. 

"Setakat ini, pengeluar kereta masih belum menemui solusi terbaik bagi mengagalkan aktiviti pencuri kereta tersebut,” katanya. 

Tambahnya, pemilik kereta perlu 


mengambil Iangkah berjaga-jaga tambahan seperti memasang peranti pengesan GPS, menggunakan kekunci cut off yg sentiasa diaktifkan ketika meninggalkan kenderaan. Cara ini amat berkesan untuk mengelakkan kenderaan anda dihidupkan. Tip tambahan lain kunci stereng atau gear bagi menghalang kes kecurian.

PROMOSI TEMPAHAN BACK UP

Kepada semua promosi ini akan tamat pada bila bila masa tanpa notis. Siapa cepat dia dapat!